++++ Adib Raha Kimi Luqman ++++

By: Mama Kimi n Luqman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 20-Aug-2007 22:13 Email | Share | | Bookmark
Fruit picking again....



Sunday, 19-Aug-2007 20:20 Email | Share | | Bookmark
Laksa Johor



This entry is dedicated to kak yong and kak ita and also to all the laksa johor's lovers.. To those who never try this dish, maybe you can try the following recipe.

Bahan-bahan:
1. Ikan kembong
2. Udang kering
3. Santan
4. Kerisik
5. Rempah kari
6. Spagetti - direbus

Bahan A: Dimesin halus
1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia
4. Serai
5. Lengkuas
6. Cili kering

Bahan B: Sambal belacan
1. Lada merah
2. Belacan
3. Limau kasturi

Bahan C: Untuk hiasan
1. Limau kasturi
2. Timun - dipotong bulat
3. Bawang besar
4. Kacang panjang - dipotong nipis-nipis
5. Taugeh - dicelur
6. Daun Kesum - diracik halus


Cara-cara:
1. Rebus ikan dan ambil isinya. Isi ikan dan udang kering dimesin hingga halus.
2. Tumis bahan A hingga pecah minyak. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau sebentar.
3. Masukkan isi ikan dan udang kering. Biar sebentar hingga menggelegak dan masukkan santan.
4. Bila santan dah menggelegak, masukkkan kerisik dan garam secukup rasa.
5. Untuk membuat sambal belacan, masukkan semua bahan B ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga hancur.
6. Untuk menghidang, masukkan spagetti dalam mangkuk dan tuang kuah. Hiaskan dengan bahan2 hiasan yang mana suka.

Tak pernah kira berapa banyak barang-barang yang diguna (sebab pakai anggaran je) so tak dapatlah nak bagitau berapa. Apabila menumis bawang dan bhn2 lain tu, pastikan sehingga cili tersebut betul2 masak ataupun sampai pecah minyak. Selalunya tulang-tulang ikan tu pun dimesin dan lepas tu ditapis dengan air rebusan ikan. Air rebusan ikan jangan dibuang. dan boleh ditambah kedalam kuah. Lagi satu, kuah laksa ni mestilah pekat dan tidak seperti laksa penang. So bila tuang dalam mangkuk pun tak perlu banyak-banyak. Ada orang kata laksa johor ni patutnya makan dengan tangan, baru asli. Potongan timun tu juga ada seninya, tak macam potong untuk laksa penang. tapi tak pandai plak nak terangkan.


Saturday, 18-Aug-2007 08:35 Email | Share | | Bookmark
Baking again?



Monday, 6-Aug-2007 13:29 Email | Share | | Bookmark
Brothers



Ni masa pergi pikinik kat Basingstoke Canal Centre hari ahad lepas. Disebabkan selalunya hari ahad asyik pergi car boot je, so hari tu kitaorg pergi piknik lak lepas pergi car boot tu. Saje nak bawak Kimi pergi berlari. Maklumlah duduk rumah je, kesian lak kat dia. Tempatnya taklah cantik mana, tapi ramai gak org datang utk piknik dan berbasikal.

Luqman sekarang ni dah boleh merangkak laju. Dah habis satu rumah dia jelajah (rumah pun kecik je...) Sume benda yang dia jumpe nak masukkan dalam mulut terutama sekali kertas suratkhabar. Pantang sungguh kalau jumpa kertas, dah banyak kali kertas kena kunyah. nasib baik sempat keluarkan balik. Kimi pulak sekarang ni makain nakal, sikit2 nangis. Kalau ada je benda yang dia tak dapat or kita tak faham apa dia cakap, nangislah jawabnya,. Saborjelah.......


Thursday, 2-Aug-2007 23:43 Email | Share | | Bookmark
happy birthday

Thank you for all the well wishes. My surprised birthday gift from yang tersayang.



Plannya nak buat kek sendiri tapi oven masih belum dibaiki lagi hukhuk huk


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net